Assalamualaikum,mari kita lihat pula diantara koleksi kek keluaran KAK ROSE COOKIES,
taklah cantik sangat masih belajar dalam bidang ini.....tapi siapa nak menempah bolehlah hubungi Kak Rose
013-4906580 bengkel terletak di TAMAN MELATI,KUALA KETIL,KEDAH.
Sunday, 18 August 2013
Wednesday, 14 August 2013
Kek ini kak Rose buat sempena hari jamuan hujung tahun untuk anak kak Rose di sekolahnya
SK.KUALA MERAH,KUALA KETIL,KEDAH.Yang kak rose juga bekerja disitu
kek ini menjadi kesukaan para guru dan ustazah-ustazah di sekolahnya rasa kek ini masam-masam manis sebab kak rose masukkan buah Prund yang menjadi kegilaan ramai tulah Sunsweettula disaluti dengan creem cheesenya dan dicampur lagi Fresh Crem memang sedaplah bak kata orang berbaloi-baloi jika membelinya harga takla mahal sangat sekitar RM 75 sahaja kalau kira timbang patah jarum kilo tu sebab memang berat sungguh kek ini cuma kak rose boleh bagitau saiz acuan keknya 9 inci selepas ditopping dengan pelbagai, saiznya dah jadi 10 inci lebih kurang.Kepada semua guru-guru SKKM merangkap kawan-kawan kak Rose ucapkan terima kasih kerana telah mengajar semua anak-anak kak rose sehingga menjadi murid yang cemerlang. TERIMA KASIH CIKGU..
Anda juga boleh tempah kek ini dimana didalamnya kak rose masukkan custard yang
berintikan buahan cocktail sangat sedap.....emm bersalutkan fresh krim yang memang freshlah
bak kata sedapnya hingga menjilat jari........Harganya tak mahal RM75 sahaja kalau kira timbang berkilo-kilolah sebab berat custard dan buahannya tapi saiz loyangnya 9 inci memang berbaloi-baloila.....
Tuesday, 13 August 2013
Kek Perkahwinan ini telah ditempah oleh Pn.Jamnah dari Kg.Kuala merah,K.ketil untuk Majlis Perkahwinan anaknya Nurul Huda.....majlisnya meriah you... kawin anak Datuk lagi ....kalau tak
salah kak Rose lah orang negeri Sembilan menantunya ini,Harga kek ini RM 200. Kak Rose mengucapkan selamat pengantin Baru semuga
bahagia sepanjang hayat....AMIN!.
Kek Padang Bola berserta pemain-pemainnya ini telah di tempah oleh Bondanya
Mohamad Aqeef Amsyar sempena ulang tahunnya yang pertama maklumlah
bondanya ini telah lama mengharapkan kehadiran cahaya mata setelah bertahun-
tahun berkahwin bersama Mohd Sabri, sabar punya sabar Allah maha Berkuasa
telah mengurniakan Mohamad Aqeef Amsyar seorang anak yang comel lagi pintar
kepada pasangan ini,apa pun pihak kak rose cookies mengucapkan SELAMAT HARI
LAHIR SEMUGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI,AKAN MENJADI ANAK
YANG SOLEH UNTUK AYAH DAN BONDA DAN BERBAKTI PADA NEGARA...AMIN.
Subscribe to:
Comments (Atom)